KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Bercerita telah
menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran,
pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu,
tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan
penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak
bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.
Aktiviti cerita
dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai
melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan
kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1
& 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara
bersahaja dan menyakinkan.
2.2
Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya
kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
2.3
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi
serta berdaya saing dalam kalangan murid.
2.4
Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.
2.5
Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan
berdasarkan bahan rangsangan.
2.6
Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara
spontan dan meyakinkan.
2.7
Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan
berdasarkan bahan rangsangan.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini
dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri
oleh Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah
masing-masing.
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi
kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun
4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara
Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Pertandingan
dijalankan dalam dua bahagian iaitu:
4.1 Bahagian Pertama : Tajuk
yang telah disediakan oleh sekolah
4.2 Bahagian Kedua : Tajuk
spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang
disediakan oleh PPD/JPN/KPM
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1 PERINGKAT DAERAH
5.1.1 Pegawai
Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di
peringkat daerah masing-masing.
5.1.2 Pegawai
PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Daerah.
5.1.3
Pertandingan
di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat
negeri.
5.1.4
Peserta
yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.
5.2
PERINGKAT NEGERI
5.2.1
Semua
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini
di peringkat negeri masing-masing.
5.2.2 Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah Pelajaran
Negeri.
5.2.3 Pertandingan
di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat
kebangsaan.
5.2.4
Peserta
yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
5.3
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN
SATU
5.3.1
Penyertaan
terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun
3) dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
5.3.2
Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap
masing-masing dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri ke peringkat
kebangsaan.
5.3.3
Sumber
bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
5.3.3.1 buku-buku
cerita yang terdapat dalam pasaran.
5.3.3.2cerita-cerita
dari majalah dan media massa lain.
5.3.3.3
cerita-cerita
daripada bahan elektronik / internet.
5.3.3.4
hasil
karya sendiri.
5.3.4
Kualiti
cerita
5.3.4.1
Isi
cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak
menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.3.4.2
Cerita
yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
5.3.4.3
Cerita
tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
5.3.4.4
Untuk
cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan
membawa cerita haiwan.
5.3.5
Panjang
cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi
masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.
5.3.6
Loceng
akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.
5.3.7
Props,muzik
dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
5.3.8
Pelajar
perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.
5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk
dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga
menjejaskan penceritaan. (Tidak
melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
5.3.10 Unsur
lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan,
setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.
5.3.11 Peserta digalakkan
memakai kostum.
5.3.12 Teks
cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran.
5.3.13 Sepuluh
markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita
kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.
* kurang
daripada 6.00 minit dipotong 10 markah
Dari (minit)
|
Hingga (minit)
|
Markah Dipotong
|
05.59
|
05.30
|
1 markah
|
05.29
|
05.30
|
2 markah
|
04.59
|
04.30
|
3 markah
|
04.29
|
04.00
|
4 markah
|
< 04.00 ke
bawah
|
5 markah
|
* Lebih daripada 08 minit
Dari (minit)
|
Hingga (minit)
|
Markah Dipotong
|
08.01
|
08.29
|
1 markah
|
08.30
|
08.59
|
2 markah
|
09.01
|
09.29
|
3 markah
|
09.30
|
09.59
|
4 markah
|
>10.00 ke atas
|
5 markah
|
v Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim
sahaja.
5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta
:
5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang
politik,ras dan agama;
5.3.14.2 membaca
teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;
5.3.14.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik
atau kesan bunyi.
5.3.15 Pemenang
akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.3.16 Sekiranya
berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:
i)
teknik
persembahan
ii)
bahasa
dan pertuturan
iii)
penghayatan
cerita
5.3.17 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan
menghantar borang penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah
Pelajaran Negeri berserta salinan sijil
kelahiran.
5.3.18
Bilangan
panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03
atau 05) orang. Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang
menghakimi pertandingan.
5.3.19 Keputusan
panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
5.3.20 Sebarang
pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pelajaran Malaysia.
6.0
SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN
DUA (SPONTAN)
6.1
Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan
berdasarkan bahan
rangsangan
yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi.
Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.
6.2
Peserta perlu
dikuarantin.
6.3 Peserta diberi masa selama
satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.
6.4 Loceng akan
dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.
6.5
Props,muzik dan kesan bunyi semasa
bercerita tidak dibenarkan.
6.6
Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk
mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan
penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua
unsur tersebut).
6.7
Unsur lakonan
dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan,
kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri,
setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.
7.0
KRITERIA
PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU
7.1
Teknik Persembahan 20 markah
7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20
markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5
Mesej/nilai
dalam cerita 05 markah
7.6
Tempo
penceritaan/Perkembangan cerita 10
markah
7.7
Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100
markah
8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20
markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15
markah
8.5
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah
9.0 AM
Sebarang
pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pelajaran Malaysia

No comments:
Post a Comment