Friday, 2 March 2012

Bicara Berirama - Skrip Bahasa Penyatu Bangsa





SKRIP BICARA BERIRAMA
Bahasa Penyatu Bangsa  (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1
1.
(Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.

2.
(SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring

3.
(SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa

4.
(SRP) Ha, tengok ni!

5.
(SRP) I Phone.

6.
(SRL) I… I apa?

7.
(SRP) I Phone lah pakcik

8.
(SRL) I Phone tu... mata telefon ke?

9.
(SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo)

10.
(SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)

11.
(SRP) Hebatkan!

12.
(SRL) Nak tengok ,boleh?

13.
(SRP) Boleh.

14.
(SRL) Nak pinjam?

15.
(SRP) Tak boleh!

16.
(SOLO) Emm…, itulah bahasa!

17.
(SRP) Bila dengar , banyak makna!

18.
(SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata


(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2
19.
(SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.


(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.

20.
(SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca.  .

21.
(SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)

22.
(SR) Ya.. Lingua franca bermaksud  bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang menggunakanya.

23
(SOLO)Hebat!

24
Isosceles Triangle: 154(SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota

24.
(SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kita…Marilah amalkan ramai-ramai… Bahasalah menyatukan kita semua… Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu Bahasa Jiwa Bangsa)

25.
(SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu

26.
(SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan

27.
(SOLO) Bahasa pasar tu apa?

28.
(SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…

29.
(SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu  bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

30.
(SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)

31.
(SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)


(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar

32.
(SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia

33.
(SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa Melayu.

34.
(SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba

35.
(SR)Cuba dengar ni…

36.
(SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.

37.
(SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.

38.
(SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan  Blennnd… (bunyi mesin kisar).

39.
(SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.

40.
(SRP) Pedasnya

41.
(SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)

42.
(SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.

43.
(SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.

44.
(Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat)
SEGMEN 3
45.
(SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa

46.
(SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa

47.
(SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal

48.
(SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria

49.
(SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.

50.
(SR) Kat tengah pula, ada orang Minang


(SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den indak karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapeh
Isosceles Triangle: 1552Pagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh

51.
52.

53.

Kat timur pula, ada ore… Kelate.
Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo…
(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa. Macam lagu ni…

54.
(SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati , Budi bahasa…budaya kita…a..a…a…a
SEGMEN 4
55.
(SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .

56.
(SOLO L)Satu, dua, tiga .

57.
(SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat gelombang)

58.
(SOLO) Satu, dua, tiga .

59.
(nyanyi ikut irama lagu) Ole..ole…ole Kita menang … kitalah juara. (2x)

60.
(SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga

61.
(SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…

62.
(SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)

63.
(SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar bangsa.

63.
(SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi.

64.
Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!

65.
(SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)

66.
(Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik back up drum roll)

67.
(SR) Jadi!  (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)

68.
(SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji

69.
(SR) Mengekalkan tradisi  bahasa,  bangsa Malaysia ,


(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang

70.

 Lagu 1Malaysia  nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )

71.
(SOLO) 1Bahasa

72.
(SOLO) 1Bangsa

73.
(SOLO) 1Malaysia

74.
(Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :
Ø  SOLO – Suara Solo  ( 9 orang)                      
Ø  SR – Suara Ramai
Ø  SRL – Suara Ramai Lelaki
Ø  SRP – Suara Ramai Perempuan




No comments:

Post a Comment